Be Invisible


Hai. Welcome to my blog. Feel delightful to read something ABOUT ME.<--(click here) please do read my entry--->>
ENTRY HERE!<<--(click please!) :)


>
back to the history




HAVE A NICE DAY






Copyright by EMYRA
Powered by Blogger.
Sayang tapi takut

Assalamualaikum . 

sayang tapi takut ? apa yang aku takutkan ? hmm . 
aku takut apa yang aku nak tak terjadi , apa yang aku harapkan jadi sia - sia . 
Hati memang sayang tapi aku cuba elakkan terlalu sayang supaya aku tak terlalu kecewa satu hari nanti kalau apa yang kami rancang tak menjadi .

Siapa lah aku nak lawan kuasa Tuhan , tapi hanya doa yang mampu untuk kami disatukan bersama . Tiap hari aku doakan hubungan kami , hanya doa yang mampu mengubah takdir . 

Tiap kali berbincang plan masa depan , aku lah yang selalu spoilkan segalanya , aku takut keadaan sama yang pernah aku lalui terulang lagi , mungkin apa yang aku buat ni akan membuatkan dia terlalu kecik hati . Aku selalu sedapkan hati dengan ayat yang tenang supaya dia tak terasa dengan tindakkan aku .


aku taknak berharap setinggi gunung dan jatuh setinggi bangunan 10 tingkat. Terlalu sakit bila terjatuh dan aku bukan seorang yang senang move on , semuanya makan masa terlalu lama untuk pujuk diri sendiri , 
harap dia akan mengerti apa yang aku buat sebenarnya , nampak macam ego tapi itu lah perkara menakutkan kalau semua dirancang tak menjadi. 







Orang Baru

hai ? *lambai tangan

sambung story semalam ! mesti nak tahu siapa kan orang baru tuh ? ke taknak tahu pun ?? haha
peduli apa kalau taknak tahu pun , yang penting aku nak cerita jugak ! 

 Orang baru ? baru nak kenal hati budi ? baru nak kenal siapa dia ? semuanya benda baru yang kena hadapi bila berdepan dengan orang yang baru kita kenal , macam biasalah kan intro , bla bla bla ~

kisah bermula dengan comment dekat status moment dekat wechat aku , biasalah aku ni suka post yang agak deep dan nak sentapkan orang , dia komen dan aku balas , dan berhari - hari berbalas komen . sampai satu tahap aku sendiri ajak dia lepak dekat kilang bateri , hahaah ! sebab masa tuh orang yang aku ajak semua taknak , ada alasan itu ini. em em
so aku pun gatal lah ajak , tapi ajak ajak ayam jelah. kahkah

tetiba ada chat masuk , cewahhh ! pantang betul , orang ajak-ajak ayam je tapi dia series nak pergi . haha
aku biasalah bila chat dengan stranger ni ayat agak nak taknak je reply tapi fikir member aku pun layankan . disebabkan wechat berat aku bagi number phone sebab senang nak whatsapp nak pergi kilang bateri tuh .
tiap-tiap hari whatsapp dan sampai satu malam dia call , masa tuh pun aku belum mengantuk even dah pukul 12malam . punya lah bebel bebel sampai tak sedar sampai pukul 3pagi , aku pun kalau dah bercerita macam tak ingat dunia bercakap , but topik paling hangat pasal amierhakimie ! sebab dia punca segalanya . hahaha! 
dia bagi semangat supaya lupakan apa yang amierhakmie buat even aku rasa tak boleh nak lupa tapi dia jugak selalu ingatkan yang maafkan orang sebelum tidur. 
lepas aku kawan dengan dia mendalam , nampak lah dia sangat berbeza dengan amierhakimie , boleh buat kawan lah orang cakap. haha ! 

so im still berkawan dengan dia dan kenal hati budi dengan sebaiknya supaya tak tersilap langkah macam sebelumnya . apa apa pun hati kena kental kalau kena lagi . hahha







FOBIA

Assalamualaikum .

for the long time aku tak menulis dekat sini , haha ! maklumlah sejak dah bekerja dan mencipta kerjaya agak sibuk dan tiada masa nak luah kan kat sini , selalu pendam dalam kepala otak sampai overthinking dan stress. haha ! dulu masa student adalah jugak masa nak berfoya-foya bila dah kerja ni semua benda dah nak kena fikir , sikit hari lagi mau botak kepala tauu . omaigaaad ! tidakk ! taknak semua tuh berlaku , dahla rambut kerap gugur lately tapi aku dah amek alternatif supaya rambut segar even kepala serabut bakhang . 
opsss , bukan benda ni yang aku nak luahkan sebenarnya , em em 

aku nak luahkan yang aku fobia nak ada buah hati , nak sayang orang balik macam dulu, agak payah nak terima orang baru datang dalam hidup even yang lama aku dah campak dalam longkang, haha !
kejam lah aku  kalau bagi harapan dan memainkan perasaan kan ? tapi aku fikir masak - masak sampai bila aku nak berseorangan tanpa teman * ayat cliche
one day , he came dalam hidup aku tanpa sengaja setelah sekian lama hati aku kosong dan terikat pada yang lama , itu pun bersebab kenapa aku tak boleh lupakan dia sangat , dan itu membuatkan aku lagi takot nak hadapi masa hadapan , but aku fikir secara waras dan amalkan sikap pergi mampus untuk jantan tak guna tuh dan aku cari kebahagiaa aku balik seperti dahulu . 


aku taktau macam mana nak hilangkan fobia daripada bercinta tapi akhirnya aku akur yang Allah dah rancangkan pelbagai rancangan untuk aku sepanjang aku bernyawa dan aku sebagai hamba kena belajar redha dan kena terima keadaan yang sepatutnya .


nak tahu siapa  yang ada dalam hati aku ??
yang buatkan aku hilang fobia ? 
wait for the next story yaa ! haha 










Tamat Pengajian !

Assalamualaikum .

Secara rasminya semalam adalah tarikh aku dapat keputusan dan tamat pengajian setelah 3tahun berada di IPTA . Alhamdulilah dapat habis kan pengajian tepat pada masanya walaupun keputusan tidak sehebat mana tetapi bersyukur sebab aku tidak mengulangi kesilapan semasa disemester 5 dan tunggu tarikh dan hari graduasi  dengan gelojohnya! kahkah
paling tak sabar nak pakai jubah dan masa tuh dah boleh update
 "TAMAT PENGGAJIAN DIPLOMA AKAUNTANSI"


Sekarang adalah masa untuk mencari kerjaya diluar dan mengenali dunia luar dan alam pekerjaan yang akan bermula tidak lama lagi. Pelbagai jawatan aku dah mintak buat untuk mencuba nasib , kalau ada rezeki adalah , kalau takde kerja dimana mana asalkan mampu sara diri sendiri dan tanpa susahkan keluarga. 

Bila umur meningkat baru aku tahu akan kepayahan hidup yang harus dilalui oleh mak ayah dan ahli keluargaku masa mereka membesarkan aku. Sekarang aku berserah kepada rezeki dan percaya rezeki ada dimana - mana.

pray for me !









Manusia boleh berubah

Assalamualaikum.

Manusia boleh berubah bukan isu biasakan ??

Tiap orang mesti pernah buat silap. Mesti ada zaman orang kata ''Jahiliyah" Tipulah kalau kita tidak pernah buat silap atau pun salahkan . Yang namanya manusia itu, memang tidak lari daripada berbuat dosa. Dosa dari segala macam dosa, dosa kecil, dosa besar, doa sengaja, doa tidak sengaja. pernah tak kita terfikir ? The best thing being a Muslim is , Allah sangat menjaga aib kita.
Dosa-dosa kita selama ini, Allah tidak menjadikan kudis di tubuh , nanah dimuka. Hatta bau yang amat busuk, sehingga tidak satu pun mahu dekati kita . Alhamdulillah sejahat mana perbuatan kita Allah masih lagi menutup aib . Sayangnya Allah terhadap hambanya. 

Manusia boleh berubah ? ya . Manusia boleh berubah dalam sekelip mata tapi nak istiqamah dalam perubahan itu bukan sesuatu yang mudah . Semuanya makan masa untuk melakukannya tapi dengan hati yang ikhlas dan sentiasa doa untuk mengekalkan perubahan , Insyallah boleh . Tapi kita kena ingat setiap perubahan yang baik itu haruslah dilakukan kerana Allah , dan jangan sesekali berubah kerana manusia, kerana akan ada keburukkanya . 

Aku bersyukur kerana diturunkan hikmah untuk berubah menjadi perempuan yang lebih baik , sekian lama aku idam idamkan untuk berubah agar menjadi seorang perempuan yang solehah . Aku berubah kerana Allah dan itu adalah pasti. Banyak perkara yang mendorong aku untuk lebih berubah , kerana banyak bala benca berlaku didunia, kerana peningkatan umur dan pendekatan kepada kematian , kerana aku inginkan pembimbing yang soleh untuk membimbing aku. 

Menitis airmata pabila mengenangkan dosa-dosa lama yang acap kali menyelubungi diri. Tetapi aku percaya Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa kisah lampau yang telah aku lalui. Aku berharap agar Allah akan sentiasa menutup aib dan memberikan aku peluang yang lebih baik dan meningkatkan iman . Insyallah 

Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri, dan segala kebaikkan adalah datangnya daripada ALLAH . Dan aku pasti bahawa apa yang Allah janji kan untuk umatnya adalah benar . 

p/s : tiada manusia yang tidak mempunyai dosa lampau dan kisah silam , selagi         masih ada masa selagi itulah bertaubat dan berubah kearah kebaikkan               dan menambahkan keimanan dan amal ibadah.


" Langit tidak sentiasa cerah "

 Langit tidak sentiasa cerah !

Banyak benda yang boleh dikaitkan dengan "langit tidak sentiasa cerah " dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi . 

Dalam kehidupan ini , banyak benda yang tidak akan dijangka akan berlaku , seperti perkara yang berlaku dalam kehidupan sendiri .

'' Kisah bermula setahun yang lalu , berkenalan dengan lelaki yang kurang aku minat dan aku tak suka nak melayan setiap chat yang dihantar , Hampir tiap hari menghantar  chat "hai'' memang satu pun tak pernah aku balas . Lagi pun , aku memang tak suka nak layan orang yang baru nak  berkenalan dengan aku. Nak dijadikan cerita .  kawan rapat masa dekat asrama poli call aku semata -mata nak bagitahu yang budak lelaki tuh berharap dan nak berkawan dengan aku , aku jadi serba salah sebab dalam masa yang sama aku mula berkawan dengan orang baru aku kenal. Pelbagai ayat dan cara kawan rapat aku pujuk untuk aku berkawan dengan dia dan aku terima sekadar untuk berkawan. Setiap kali chat yang dihantar aku balas dengan baik . Lama - kelamaan aku mula jatuh hati terhadap cara dan perilakuan dia terhadap aku dan aku ambil  keputusan untuk terus berkawan dengannya . Pada satu malam , masing - masing bertukar-tukar cerita dan pendapat dan itu membuatkan aku makin tertarik dengannya . Setelah dengar penjelasan yang dia memang suka aku dari semester 1 lagi membuatkan aku terharu , setelah 2 tahun dia menunggu untuk berkawan dengan aku , akhirnya aku terima dia . Dan selepas malam tu , bermula lah cerita kami sebagai pasangan ''kekasih'' aku terima dia seadanya dan aku tak pernah untuk mengungkit kisah masa lalunya . Hari demi hari berlalu , banyak dugaan dan cabaran yang kami terima semasa perhubungan kami . Aku sedar banyak kekurangan dalam diri aku  dan dia sanggup melayani setiap kerenah aku walaupun kadang- kadang dia sendiri mula putus asa untuk melayani kerenah . Hubungan semakin bahagia , walaupun berjauhan ianya menunjukkan ada potensi yang hubungan kami akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan , lagi pun keluarga aku menerima dia dengan bain , dah majoriti keluarga aku terima dia sebagai " menantu " . Perubahan ditunjukkan 3 bulan yang lalu , bila dia tiada masa langsung untuk contact aku , memang rasa kecil hati tapi aku sentiasa berfikiran positive yang dia busy menjalankan tanggungjawab dia . twitter dan kawan - kawan adalah tempat aku mengisi kekosangan dan menghilangkan rasa kesepian tanpa dia . Aku terima dia jarang contact tapi masih mengingati aku , sampai satu saat aku mulai rasa tidak sedap hati mengenai hubungan kami yang dia ada perempuan lain. Aku mula buat perangai , aku saja untuk uji dia sejauh mana firasat yang aku rasa kan adalah betul . aku mula perli dia dilaman sosial , aku tahu itu cara untuk bagi dia sedar . Sikit demi sikit aku mula curiga dengan setiap tingkah laku dia , sampai satu masa dia excident dan dia tak tak bagitahu aku langsung , di situ aku tahu yang aku tak penting untuk dia , aku perhati instagram dan wechat dia upload gambar tapi sikit dia tak bagitahu aku  , dan masa tu aku punya ego memang tinggi sebab lama aku pendam segalanya , Aku mula rasa hubungan kami makin teruk mungkin banyak berpunca dari aku , maklumlah aku budak manja , nakal, degil dan ego tak pernah nak dengar dan mengalah dengan dia . Akhirnya segala persoalan telah terjawab , dia layan aku teruk sebab dia lama menjalinkan hubungan dengan perempuan lain , Tuhan saja yang tahu perasaan aku macam mana , aku punya lah setia dengan dia , even aku memang ramai kawan lelaki tapi aku masih tahu apa itu setia . Air mata tak henti keluar sebab fikirkan apa yang terjadi . setahun perhubungan diakhiri dengan pengkhianatan . kau rasa ? tapi aku bersikap positive yang mungkin aku takkan pernah jadi yang terbaik untuk dia walaupun aku cuba perbaiki setiap kekurangan dalam diri aku . Mungkin perempuan tuh lebih memahami dan mengerti setiap kemahuan dia . Dan aku mula sedar , berharap pada satu benda yang tak pasti memang menyakitkan . Aku mula '' Redha" dengan semuanya . Aku mula jauhkan diri dari dia dan sentiasa mendoakan kebahagian dia . Sikit demi sikit aku mula berubah untuk jadi seorang perempuan yang baik dan solehah . Setiap barang yang dia bagi aku jaga dengan baik , sebab itu semua adalah kenangan untuk aku dan dia . Aku mula berharap dan berdoa yang aku tidak jatuh cinta sebelum bernikah , aku percaya bahawa Allah dah tentukan jalan hidup hambanya "

p/s : Cintai pencipta terlebih dahulu baru mencintai manusia , ini kerana Allah tidak pernah meninggalkan umatnya , manakala manusia akan meninggalkan apabila mulai berubah .


Happy with them :)

Assalamualikum , haii stalker :)
dah lama tak update kann ? dah berlapuk rasanyaa , hee
so terpaksa lah merajinkan diri untuk mengadap benda adalah ni :D
okeyhh , now bukan nak cerita pasal lama tak update or what , just nak share pasal my housemate yang sekepala dengan kita :)
dah dua sem kami bersama, ada susah senang bersama dan ada tidak , yelahh tak semua benda kita harus kongsikan bersama , mesti nak kena ada priversi kan ? hee


Kamariah , Syaza , Syafaah ,Amyra , Amalina , Adela

see ? inilah gelagat kami dekat rumah , hee . mengalahkan apekan , belum lagi dengar gelak ketawa yang meriah macam sekampung , haahaa
abaikan latar belakang tuh yeaa :)
kalaulah budak dorm dulu serumah macam ni jugak ,mesti meriah kan .hee
inilah keluarga ketika berada di melaka , kalau dekat rumah of course lah family sendirikan , haha
kalau menangis , tidur or makan mesti berjemaah dengan mereka mereka tuh :)
opss , lupa lagi satu gambar , haishhhh

Ajrun
 ini minah paling perkasa , penyelamat kami serumah , hee
satu rumah lain gelagat , lain cerita #ehh
happy with them so much , thnks a lot <3

p/s : kawan ketawa memang ramai , kawan menangis ?sukar dicari
       semoga persahabatan tidak putus ditengah jalan :)