Be Invisible


Hai. Welcome to my blog. Feel delightful to read something ABOUT ME.<--(click here) please do read my entry--->>
ENTRY HERE!<<--(click please!) :)


>
back to the history




HAVE A NICE DAY






Copyright by EMYRA
Powered by Blogger.
" Langit tidak sentiasa cerah "

 Langit tidak sentiasa cerah !

Banyak benda yang boleh dikaitkan dengan "langit tidak sentiasa cerah " dan boleh digunakan dalam pelbagai situasi . 

Dalam kehidupan ini , banyak benda yang tidak akan dijangka akan berlaku , seperti perkara yang berlaku dalam kehidupan sendiri .

'' Kisah bermula setahun yang lalu , berkenalan dengan lelaki yang kurang aku minat dan aku tak suka nak melayan setiap chat yang dihantar , Hampir tiap hari menghantar  chat "hai'' memang satu pun tak pernah aku balas . Lagi pun , aku memang tak suka nak layan orang yang baru nak  berkenalan dengan aku. Nak dijadikan cerita .  kawan rapat masa dekat asrama poli call aku semata -mata nak bagitahu yang budak lelaki tuh berharap dan nak berkawan dengan aku , aku jadi serba salah sebab dalam masa yang sama aku mula berkawan dengan orang baru aku kenal. Pelbagai ayat dan cara kawan rapat aku pujuk untuk aku berkawan dengan dia dan aku terima sekadar untuk berkawan. Setiap kali chat yang dihantar aku balas dengan baik . Lama - kelamaan aku mula jatuh hati terhadap cara dan perilakuan dia terhadap aku dan aku ambil  keputusan untuk terus berkawan dengannya . Pada satu malam , masing - masing bertukar-tukar cerita dan pendapat dan itu membuatkan aku makin tertarik dengannya . Setelah dengar penjelasan yang dia memang suka aku dari semester 1 lagi membuatkan aku terharu , setelah 2 tahun dia menunggu untuk berkawan dengan aku , akhirnya aku terima dia . Dan selepas malam tu , bermula lah cerita kami sebagai pasangan ''kekasih'' aku terima dia seadanya dan aku tak pernah untuk mengungkit kisah masa lalunya . Hari demi hari berlalu , banyak dugaan dan cabaran yang kami terima semasa perhubungan kami . Aku sedar banyak kekurangan dalam diri aku  dan dia sanggup melayani setiap kerenah aku walaupun kadang- kadang dia sendiri mula putus asa untuk melayani kerenah . Hubungan semakin bahagia , walaupun berjauhan ianya menunjukkan ada potensi yang hubungan kami akan kekal hingga ke gerbang perkahwinan , lagi pun keluarga aku menerima dia dengan bain , dah majoriti keluarga aku terima dia sebagai " menantu " . Perubahan ditunjukkan 3 bulan yang lalu , bila dia tiada masa langsung untuk contact aku , memang rasa kecil hati tapi aku sentiasa berfikiran positive yang dia busy menjalankan tanggungjawab dia . twitter dan kawan - kawan adalah tempat aku mengisi kekosangan dan menghilangkan rasa kesepian tanpa dia . Aku terima dia jarang contact tapi masih mengingati aku , sampai satu saat aku mulai rasa tidak sedap hati mengenai hubungan kami yang dia ada perempuan lain. Aku mula buat perangai , aku saja untuk uji dia sejauh mana firasat yang aku rasa kan adalah betul . aku mula perli dia dilaman sosial , aku tahu itu cara untuk bagi dia sedar . Sikit demi sikit aku mula curiga dengan setiap tingkah laku dia , sampai satu masa dia excident dan dia tak tak bagitahu aku langsung , di situ aku tahu yang aku tak penting untuk dia , aku perhati instagram dan wechat dia upload gambar tapi sikit dia tak bagitahu aku  , dan masa tu aku punya ego memang tinggi sebab lama aku pendam segalanya , Aku mula rasa hubungan kami makin teruk mungkin banyak berpunca dari aku , maklumlah aku budak manja , nakal, degil dan ego tak pernah nak dengar dan mengalah dengan dia . Akhirnya segala persoalan telah terjawab , dia layan aku teruk sebab dia lama menjalinkan hubungan dengan perempuan lain , Tuhan saja yang tahu perasaan aku macam mana , aku punya lah setia dengan dia , even aku memang ramai kawan lelaki tapi aku masih tahu apa itu setia . Air mata tak henti keluar sebab fikirkan apa yang terjadi . setahun perhubungan diakhiri dengan pengkhianatan . kau rasa ? tapi aku bersikap positive yang mungkin aku takkan pernah jadi yang terbaik untuk dia walaupun aku cuba perbaiki setiap kekurangan dalam diri aku . Mungkin perempuan tuh lebih memahami dan mengerti setiap kemahuan dia . Dan aku mula sedar , berharap pada satu benda yang tak pasti memang menyakitkan . Aku mula '' Redha" dengan semuanya . Aku mula jauhkan diri dari dia dan sentiasa mendoakan kebahagian dia . Sikit demi sikit aku mula berubah untuk jadi seorang perempuan yang baik dan solehah . Setiap barang yang dia bagi aku jaga dengan baik , sebab itu semua adalah kenangan untuk aku dan dia . Aku mula berharap dan berdoa yang aku tidak jatuh cinta sebelum bernikah , aku percaya bahawa Allah dah tentukan jalan hidup hambanya "

p/s : Cintai pencipta terlebih dahulu baru mencintai manusia , ini kerana Allah tidak pernah meninggalkan umatnya , manakala manusia akan meninggalkan apabila mulai berubah .