Be Invisible


Hai. Welcome to my blog. Feel delightful to read something ABOUT ME.<--(click here) please do read my entry--->>
ENTRY HERE!<<--(click please!) :)


>
back to the history




HAVE A NICE DAY






Copyright by EMYRA
Powered by Blogger.
Manusia boleh berubah

Assalamualaikum.

Manusia boleh berubah bukan isu biasakan ??

Tiap orang mesti pernah buat silap. Mesti ada zaman orang kata ''Jahiliyah" Tipulah kalau kita tidak pernah buat silap atau pun salahkan . Yang namanya manusia itu, memang tidak lari daripada berbuat dosa. Dosa dari segala macam dosa, dosa kecil, dosa besar, doa sengaja, doa tidak sengaja. pernah tak kita terfikir ? The best thing being a Muslim is , Allah sangat menjaga aib kita.
Dosa-dosa kita selama ini, Allah tidak menjadikan kudis di tubuh , nanah dimuka. Hatta bau yang amat busuk, sehingga tidak satu pun mahu dekati kita . Alhamdulillah sejahat mana perbuatan kita Allah masih lagi menutup aib . Sayangnya Allah terhadap hambanya. 

Manusia boleh berubah ? ya . Manusia boleh berubah dalam sekelip mata tapi nak istiqamah dalam perubahan itu bukan sesuatu yang mudah . Semuanya makan masa untuk melakukannya tapi dengan hati yang ikhlas dan sentiasa doa untuk mengekalkan perubahan , Insyallah boleh . Tapi kita kena ingat setiap perubahan yang baik itu haruslah dilakukan kerana Allah , dan jangan sesekali berubah kerana manusia, kerana akan ada keburukkanya . 

Aku bersyukur kerana diturunkan hikmah untuk berubah menjadi perempuan yang lebih baik , sekian lama aku idam idamkan untuk berubah agar menjadi seorang perempuan yang solehah . Aku berubah kerana Allah dan itu adalah pasti. Banyak perkara yang mendorong aku untuk lebih berubah , kerana banyak bala benca berlaku didunia, kerana peningkatan umur dan pendekatan kepada kematian , kerana aku inginkan pembimbing yang soleh untuk membimbing aku. 

Menitis airmata pabila mengenangkan dosa-dosa lama yang acap kali menyelubungi diri. Tetapi aku percaya Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa kisah lampau yang telah aku lalui. Aku berharap agar Allah akan sentiasa menutup aib dan memberikan aku peluang yang lebih baik dan meningkatkan iman . Insyallah 

Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri, dan segala kebaikkan adalah datangnya daripada ALLAH . Dan aku pasti bahawa apa yang Allah janji kan untuk umatnya adalah benar . 

p/s : tiada manusia yang tidak mempunyai dosa lampau dan kisah silam , selagi         masih ada masa selagi itulah bertaubat dan berubah kearah kebaikkan               dan menambahkan keimanan dan amal ibadah.